Qaisara Alisha
Itu la nama anak aku…umur 3 bulan dah naik flight bertuah sungguh, aku nih nak dekat umur 30 tahun baru dpt naik..hehehehe…
Aku & Qaisara telah diterbangkan ke Johor Bahru kerana mamanya ada kursus disana…Pada awalnya ingat aku nak jaga Qaisara dirumah je & biarkan mamanya menghadiri kursus selama 2 hari disana, tetapi apakan daya terpaksa membawa sekali aku & Qaisara kerana anak aku ni memang cukup manja dgn mamanya pada waktu malam (menyusu badan)…aku ni pula pergi sebagai part time baby sitter..hehehehe…
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Qaisara mmg tak banyak ragam kalu berjalan…asyik leka termenung je dalam carrier sepanjang perjalanan…kalu dia merengek pon disebabkan nak susu…
Ramai orang yang menegurnya kerana kelekaannya didlm carrier tanpa menangis…”kalu anak saya dah menangis dah ni” sapa seorg hamba Allah ni….ada juga yg berkata “comelnya dia” aku pon sambung dlm hati “comel mcm baba dia”….isteri aku pula sambung seperti tau apa yg bermain difikiran ku “comel keee??? wakakakakaka
Seronok betul ada baby ni kemana-mana pergi mesti dpt keutamaan sampaikan naik flight pon pramugari beri tambahan tempat duduk..selesa sikit rasanya.
Insyallah pada awal bulan mei nnt mgkin aku akan diimport sekali lagi oleh wife sebagai part time baby sitter utk ke melaka pula.
To:Mama & Qaisara..I Love U

semasa dalam flight..alhamdulillah dia tak nangis

sampai johor masih tido..sblm subuh dh bangun

rehat di hotel selepas perjalanan yg jauh (jauh ke)..hehehe

sunrise pukul 7 pagi..kat sana tu singapore

naim yang memang mudah tersenyum bila diambil gmbr(anak member wife aku)

muka tension baru bangun tidur..hehehe

rakan2 optometrist wife aku yg terlibat dlm kursus
Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Aku ni tak pandai nak cipta lagu…tapi dalam bab membuat lirik insyallah selagi diberi ilham. Dari mula sekolah lagi aku ni dah terdedah dalam bidang sajak, berbahas, lakonan, penceritaan & bermacam lagi sampai penah jadi juara daerah P.jaya…tuuuuu… duluuuuuuu..lama dah….hehehe
Ramai kawan2 yang kata sastera ni susah kerana kena berkhayal & ayatnya yg berbunga2 & ada juga yang kata aku ni jiwang..hehehe…. Sebenarnya bukan jiwang atau berkhayal tetapi ia sesuatu seni yg ada pada aku..alhamdulillah
Peduli apa org nak kata, aku tetap aku…. so disini aku layarkan puisi yg aku ciptakan sempena kelahiran anak aku….utk makluman semua kali ni punya entry bukan pasal photography aku tetapi pasal puisi khas utk anak aku
Mana tau rezeki aku ada komposer-komposer yg berminat nak buat jadi lagu…alhamdulillah…hehehe
Qaisara
Debaran sinar cahaya nan indah
Siang menanti angin, Malam Menanti bulan
Ku dibelenggu aura resah
Sempadan yang tidak bisa ku musnah
Terus kekal bersama waktu
Biarpun aku parah
Kini dikau telah tiba
Meruntun hati ini saat menatap mu
Sinar cahaya mata berkilau bagai permata
Kalimah diucap dari bibir ke telinga
Syukur pada illahi diatas kesempurnaannya
Cahaya nan indah bersih tanpa dosa
Dihiasi aura yang begitu mempersona
Utusan cinta untuk hambanya
Sentuhan sutera kepada mu
Selembut kapas membaluti mu
Hanya untuk mu Qaisara ku
Salam pada semua pengunjung blog. Agak lama juga aku tak update blog nih, maklum je lah sejak kebelakangan nih terlalu sibuk plak.
Kali ni nak share skit tentang aktiviti pada 31 januari yg lepas. Aku mengikuti kursus photography yg dianjurkan oleh FMDC dgn kerjasama FABPRO (Indonesia). Untuk kursus nih 2 org photographer yg ternama di Indonesia didtgkan khas utk mengajar iaitu Agah Permadi yg terkenal dgn hasil karya ROL nya & Fitra Panadjaja yg terkenal dgn teknik IR.
Mmg aku merasakan sngt2 berbaloi dpt join kursus, nasib baik sempat coz aku adalah org terakhir yg berjaya mendaftar,alhamdulillah mgkn dah mmg rezeki aku.Bnyk ilmu yg aku dpt & dpt jumpa lg 2 org ternama nih..hehehe..best…. Thanks to Mas Agah & Mas Fitra, kalian berdua mmg hebat & cukup aku kagumi dlm bidang photography ni.
Pada mereka2 yg diluar sana tu, bleh la korang tgk kat agah permadi & fitra pranadjaja tgk hasil karya diaorg ni, pasti korang akan terpegun.
Thanks pada semua yg terlibat & tak lupa kepada 2 org kuat FMDC iaitu Aji & Dome selaku penganjur. JEMPOLLLL!!!


The
Flash Player and a browser with Javascript support are needed.
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Di seawal angka 2
aku masih menuntut & kini telah bekerja
dari seorang yg mencari kini telah kutemui
dari keseorangan kini sudah berteman
dari sekecil ilmu kini sudah bertambah
dari berdua kini sudah bertiga
dgn harapan pabila bermulanya angka 3 ini hingga ke penghujungnya akan dpt aku bertahan menempuhinya dan dpt melaluinya dgn lebih hebat berbanding angka 2 itu
selamat tinggal 2 yg kini dtg pula 3
Syukur pada yg esa memberikan ku nyawa utk terus sujud kpdnya
Terima Kasih pada semua keluarga ku yg telah membimbing aku menjadi siapa aku ini.
Terima Kasih Sayangku
Terima Kasih Cintaku
Mohd Ariffin Kamil
Photographer
013-3361028
admin@ariffinkamil.com

Alhamdulillah
Pada minggu lepas genaplah sudah umur anak ku Qaisara Alisha utk 1 bulan. Masih jauh lg perjalanan hidupnya yg harus ditempuhi. Bermula dari lahir hinggalah ke hari ini bnyk perubahan yg berlaku dari hari ke hari & dari minggu ke minggu.
Perubahan dari rupa wajah & tindak balasnya berbeza-beza..tak sabar plak aku nak tgk dia boleh merangkak, berjalan & bercakap. Harapan aku semoga dia dpt membesar dgn baik & menjadi anak yg solehah.
Isteri ku juga kini sudah pulih dari kesan pembedahan tempohari..kini semuanya telah kembali normal & minggu depan aku akan bawa mereka balik ke rumah sendiri selepas selesai tempoh berpantang selama 44 hari…yahooo..
Terima kasih aku ucapkan pada ketiga-tiga ibubapa, adik-beradik,saudara-mara,rakan-rakan ku & rakan-rakan isteri ku yg telah memberikan pertolongan,nasihat,lawatan & hadiah sepanjang tempoh ini..sesungguhnya hanya tuhan sahaja yg mampu membalas jasa anda semua.
To Qaisara – Semoga Sara menjadi anak yg solehah & bila dah besar nnt jgn lupakan jasa mama tau. Jaga mama dgn sebaik-baiknya kerana syurga dibawah telapak kaki ibu.
To Mama – Terima Kasih atas pengorbanan mu yg cukup besar utk Qaisara serta diriku ini.
From Baba- Sayang kamu berdua
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
“Gerhana wowoooo gerhana,wowo gerhana didlm jiwa” tu la petikan lagu nyanyian Hattan org nogori tu. Tapi yg ni bukan nak citer pasal lagu tu, tetapi nak kongsikan gambar kejadian gerhana matahari yg telah berlaku pada hari jumaat 15/1/10 yg lalu.
Kira aku bernasib baik juga la dpt shoot gmbr ni . Ramai juga rakan2 yg mencuba tetapi tak berjaya sebab dilindungi awan. Gambar ni aku shoot dari office je, habis aku shoot je pastu terus dilindungi awan.
Sebagai umat Islam kita disarankan melakukan solat sunat gerhana,supaya kita sentiasa mengingati akan kekuasaan Allah. Jika di lihat disebalik kejadian gerhana ni kita dpt rasakan betapa kecilnya diri kita ini,sesunggguhnya Allah itu maha besar.


Firman Allah yang bermaksud:
“Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Surah Luqman:29)
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Alhamdulilah syukur kpd Allah atas rahmatnya. Setelah 10 tahun menamatkan pengajian di PSP (Politeknik seberang Perai) pada tahun 99 inilah buat pertama kalinya reunion diadakan hasil dr group yg diwujudkan melalui Facebook setelah lebih kurang 3 bulan perancangan yg dilakukan.
Ajaib jugalah FB ni coz kwn2 lama yg mmg dh lama sngt tak jumpa kita boleh berjumpa,tahniah pd anda semua krn ada FB..hehehe
Terima Kasih kpd Kamal & family yg meng offer kan rumah beliau utk dijadikan tapak perjumpaan,harap kami semua tak menyusahlan anda ye kamal.Insyaallah utk yg akan dtg kita akan buat ditempat yg lebih bagus lg dgn jumlah komuniti yg lebih besar lg.
Terima Kasih pada yg sudi membantu utk persedian hari tersebut terutama sekali Ayu yg sanggup dtg dr Kulai utk menyediakan menu mee bandung,pada Bed yg sudi menyediakan tempat BBQ & terima kasih pada semua sekali krn tanpa kerjasama korang semua sudah tentu majlis ni tak dpt dilaksanakan.
Yang dtg dr jauh dr Kemaman,Kuantan,Melaka & Johor tu korang mmg hebat & bersemangat. Cayalah…

p/s: dlm seumur hidup aku ni lah mee bandung paling sedap pernah aku mkn..rugi plak aku tak makan bnyk…hehehe…thanks ayu mee bandung ko mmg ada kelas berbaloi-baloi.
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Salam
sebenarnya aku bukanlah nak bercerita tentang kisah filem Afdlin yg terbaik tu, tetapi kisah bujang kembali aku selama 4 hari dok sorang2 kat umah sementara isteri berpantang di rumah mak mertua.

Lebih setahun berumah tangga hidup bersama, bila kembali semula bujang ni aku rasa lain plak.Tau apa yg aku rasa? Rasa bosan,sunyi,hari2 mkn kedai,gosok baju,bgn sendiri,duit bnyk keluar,rindu & bebas. Srnknya skit je yg bnyknya tak seronok lebih elok kalu isteri ada di rumah ni at least tak de la aku berdiam je. Ingat kan best sngt sprt yg digembar-gemburkan ttp pd diri aku ni ia lebih bertentangan
So apa kena mengena ngan Papadom tu?
biasala bila dok sorang2 ni kemalasan nak memasak bila lapar tu mmg tahap gaban, so aku mkn je la papadom yg senang di goreng, sedap & rangup bertemankan nescafe tarik menu yg segera tu huhuhu. Hari2 teringatkan isteri & anak Rindukan saat2 sebelum ni, tak sabar nak menunggu tempoh 44 hari tu tamat.
Kesimpulannya hargailah sesuatu pemberian itu ketika ia masih bersama kita.Ibu,bapa,adik,kakak,abg,suami,isteri & anak adalah pemberian yg terbaik utk diri kita. Sesungguhnya pemberian yg terbaik itu dtgnya dr Allah & yg buruk itu adalah dr kesilapan diri kita sendiri.
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Tarikh: 23 Disember 2009 bersamaan 6 Muharam 1431
Hari: Rabu Masa: 11.57am Berat: 3.3kg Jantina: Perempuan
Aku sungguh bersyukur pada Allah diatas kurniaannya pada aku & isteri sempena tahun baru ini dgn bayi yg sihat. Terima kasih pada isteri yg mengendong selama 9 bulan & menerima kesakitan utk melahirkan Qaisara Alisha. I love u mama

Sewaktu penantian kelahiran berdebar hati aku ni hanya tuhan shj yg tahu, akhirnya semuanya selamat setelah buat pertama kali melihat sara keluar dari bilik bedah utk aku azan & qamad ditelinganya.
Debaran mengalahkan sewaktu nak nikah dulu…huhuuhu..almaklumlah mgkn ini yg pertama kali bg aku.
Sara terpaksa dilahir melalui pembedahan kerana kedudukannya didlam perut isteri aku yg songsang. Kalu nak diikutkan tarikh due nya adalah 2/1/2010 tetapi terpaksa diawalkan utk mengelakkan sebarang komplikasi yg mgkn boleh berlaku keatas bayi & isteri aku.


5 hari isteri aku terpaksa dipapah utk kebilik air.Sehari selepas pembedahan isteri aku dinasihatkan oleh doktor utk bangun..perghhhhhh pada ketika ini hampir setengah jam aku mengambil masa utk membantunya bgn, mengalir air mata melihat kesakitan yg ditanggungnya…terdetik dlm hati aku pada masa tu kalu boleh biarlah kesakitan itu di timpakan pada aku utk menanggungnya.
Ketentuan tuhan pada setiap makhluknya, jika diberi pilihan biarlah isteri aku melahirkan secara normal…coz pada diri aku yg melihat memang tak sakit semasa pembedahan tetapi kesakitannya selepas itu akan berlanjutan berhari-hari sampaikan isteri aku batuk pun ia akan mengalirkan airmata utk menahan kesakitan. Nak berjalan berpapah, bangun berpapah, nak dukung anak tak boleh bah kan nak menyusukan bayi pun terpaksa aku angkat & pegang supaya ia dekat dgn mama nya.


Apapun inilah pengalaman aku sebagai suami.
Alhamdulillah & syukur kepada Allah
Kini aku seorang bapa
To:Mama & Sara – Baba sayang sngt-sngt mama & sara. Doakan Baba semoga dimurahkan rezeki utk keluarga kita.
Amin