Qaisara Alisha
Itu la nama anak aku…umur 3 bulan dah naik flight bertuah sungguh, aku nih nak dekat umur 30 tahun baru dpt naik..hehehehe…

Aku & Qaisara telah diterbangkan ke Johor Bahru kerana mamanya ada kursus disana…Pada awalnya ingat aku nak jaga Qaisara dirumah je & biarkan mamanya menghadiri kursus selama 2 hari disana, tetapi apakan daya terpaksa membawa sekali aku & Qaisara kerana anak aku ni memang cukup manja dgn mamanya pada waktu malam (menyusu badan)…aku ni pula pergi sebagai part time baby sitter..hehehehe…

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Qaisara mmg tak banyak ragam kalu berjalan…asyik leka termenung je dalam carrier sepanjang perjalanan…kalu dia merengek pon disebabkan nak susu…

Ramai orang yang menegurnya kerana kelekaannya didlm carrier tanpa menangis…”kalu anak saya dah menangis dah ni” sapa seorg hamba Allah ni….ada juga yg berkata “comelnya dia” aku pon sambung dlm hati “comel mcm baba dia”….isteri aku pula sambung seperti tau apa yg bermain difikiran ku “comel keee??? wakakakakaka

Seronok betul ada baby ni kemana-mana pergi mesti dpt keutamaan sampaikan naik flight pon pramugari beri tambahan tempat duduk..selesa sikit rasanya.
Insyallah pada awal bulan mei nnt mgkin aku akan diimport sekali lagi oleh wife sebagai part time baby sitter utk ke melaka pula.

To:Mama & Qaisara..I Love U


semasa dalam flight..alhamdulillah dia tak nangis

sampai johor masih tido..sblm subuh dh bangun

rehat di hotel selepas perjalanan yg jauh (jauh ke)..hehehe

sunrise pukul 7 pagi..kat sana tu singapore

naim yang memang mudah tersenyum bila diambil gmbr(anak member wife aku)

muka tension baru bangun tidur..hehehe

rakan2 optometrist wife aku yg terlibat dlm kursus

Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com

Aku ni tak pandai nak cipta lagu…tapi dalam bab membuat lirik insyallah selagi diberi ilham. Dari mula sekolah lagi aku ni dah terdedah dalam bidang sajak, berbahas, lakonan, penceritaan & bermacam lagi sampai penah jadi juara daerah P.jaya…tuuuuu… duluuuuuuu..lama dah….hehehe

Ramai kawan2 yang kata sastera ni susah kerana kena berkhayal & ayatnya yg berbunga2 & ada juga yang kata aku ni jiwang..hehehe…. Sebenarnya bukan jiwang atau berkhayal tetapi ia sesuatu seni yg ada pada aku..alhamdulillah

Peduli apa org nak kata, aku tetap aku…. so disini aku layarkan puisi yg aku ciptakan sempena kelahiran anak aku….utk makluman semua kali ni punya entry bukan pasal photography aku tetapi pasal puisi khas utk anak aku

Mana tau rezeki aku ada komposer-komposer yg berminat nak buat jadi lagu…alhamdulillah…hehehe

Qaisara

Debaran sinar cahaya nan indah
Siang menanti angin, Malam Menanti bulan
Ku dibelenggu aura resah
Sempadan yang tidak bisa ku musnah
Terus kekal bersama waktu
Biarpun aku parah

Kini dikau telah tiba
Meruntun hati ini saat menatap mu
Sinar cahaya mata berkilau bagai permata
Kalimah diucap dari bibir ke telinga

Syukur pada illahi diatas kesempurnaannya
Cahaya nan indah bersih tanpa dosa
Dihiasi aura yang begitu mempersona
Utusan cinta untuk hambanya

Sentuhan sutera kepada mu
Selembut kapas membaluti mu
Hanya untuk mu Qaisara ku

Alhamdulillah

Pada minggu lepas genaplah sudah umur anak ku Qaisara Alisha utk 1 bulan. Masih jauh lg perjalanan hidupnya yg harus ditempuhi. Bermula dari lahir hinggalah ke hari ini bnyk perubahan yg berlaku dari hari ke hari & dari minggu ke minggu.

Perubahan dari rupa wajah & tindak balasnya berbeza-beza..tak sabar plak aku nak tgk dia boleh merangkak, berjalan & bercakap. Harapan aku semoga dia dpt membesar dgn baik & menjadi anak yg solehah.

Isteri ku juga kini sudah pulih dari kesan pembedahan tempohari..kini semuanya telah kembali normal & minggu depan aku akan bawa mereka balik ke rumah sendiri selepas selesai tempoh berpantang selama 44 hari…yahooo..

Terima kasih aku ucapkan pada ketiga-tiga  ibubapa, adik-beradik,saudara-mara,rakan-rakan ku & rakan-rakan isteri ku yg telah memberikan pertolongan,nasihat,lawatan & hadiah sepanjang tempoh ini..sesungguhnya hanya tuhan sahaja yg mampu membalas jasa anda semua.

To Qaisara – Semoga Sara menjadi anak yg solehah & bila dah besar nnt jgn lupakan jasa mama tau. Jaga mama dgn sebaik-baiknya kerana syurga dibawah telapak kaki ibu.

To Mama – Terima Kasih atas pengorbanan mu yg cukup besar utk Qaisara serta diriku ini.

From Baba- Sayang kamu berdua

Mohd Ariffin Kamil

Photographer                                                                                                                                                                                                                         013-3361028                                                                                                                                                                                                                       email: admin@ariffinkamil.com

Tarikh: 23 Disember 2009 bersamaan 6 Muharam 1431
Hari: Rabu    Masa: 11.57am    Berat: 3.3kg   Jantina: Perempuan
Aku sungguh bersyukur pada Allah diatas kurniaannya pada aku & isteri sempena tahun baru ini dgn bayi yg sihat. Terima kasih pada isteri yg  mengendong selama 9 bulan & menerima kesakitan utk melahirkan Qaisara Alisha. I love u mama

Awal pagi hari kejadian

Sewaktu penantian kelahiran berdebar hati aku ni hanya tuhan shj yg tahu, akhirnya semuanya selamat setelah buat pertama kali melihat sara keluar dari bilik bedah utk aku azan & qamad ditelinganya.
Debaran mengalahkan sewaktu nak nikah dulu…huhuuhu..almaklumlah mgkn ini yg pertama kali bg aku.
Sara terpaksa dilahir melalui pembedahan kerana kedudukannya didlam perut isteri aku yg songsang. Kalu nak diikutkan tarikh due nya adalah 2/1/2010 tetapi terpaksa diawalkan utk mengelakkan sebarang komplikasi yg mgkn boleh berlaku keatas bayi & isteri aku.


5 hari isteri aku terpaksa dipapah utk kebilik air.Sehari selepas pembedahan isteri aku dinasihatkan oleh doktor utk bangun..perghhhhhh pada ketika ini hampir setengah jam aku mengambil masa utk membantunya bgn, mengalir air mata melihat kesakitan yg ditanggungnya…terdetik dlm hati aku pada masa tu kalu boleh biarlah kesakitan itu di timpakan pada aku utk menanggungnya.
Ketentuan tuhan pada setiap makhluknya, jika diberi pilihan biarlah isteri aku melahirkan secara normal…coz pada diri aku yg melihat memang tak sakit semasa pembedahan tetapi kesakitannya selepas itu akan berlanjutan berhari-hari sampaikan isteri aku batuk pun ia akan mengalirkan airmata utk menahan kesakitan. Nak berjalan berpapah, bangun berpapah, nak dukung anak tak boleh bah kan nak menyusukan bayi pun terpaksa aku angkat & pegang supaya ia dekat dgn mama nya.


Apapun inilah pengalaman aku sebagai suami.
Alhamdulillah  & syukur kepada Allah
Kini aku seorang bapa
To:Mama & Sara – Baba sayang sngt-sngt mama & sara. Doakan Baba semoga dimurahkan rezeki utk keluarga kita.
Amin
WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera