Salam
Seperti yg saya beritahu pada entry yg lepas…so ini adalah susulan utk majlis perkahwinan mereka.
Pada entry kali ni terimalah sedikit hasil yg tidak seberapa dari insan yg masih baru dalam bidang jurugambar perkahwinan.
Harap semua suka menatap gambar-gambar ini…hehehe..skema plak kejap.
Oraite semua…enjoy…:P







*
Lagi brp hari nak worldcup…so mcm biasa la team pilihan aku setiap world cup ialah England
Dari segi pemilihan pemain inilah pertama kali aku merasakan pemilihan pemain dibuat dgn betul tanpa ada bnyk persoalan dr media kecuali penyingkiran Theo Walcot yg degil akibat tak dngr cakap..hehehe
Final Dream Team aku – England VS Brazil
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Qaisara Alisha
Itu la nama anak aku…umur 3 bulan dah naik flight bertuah sungguh, aku nih nak dekat umur 30 tahun baru dpt naik..hehehehe…
Aku & Qaisara telah diterbangkan ke Johor Bahru kerana mamanya ada kursus disana…Pada awalnya ingat aku nak jaga Qaisara dirumah je & biarkan mamanya menghadiri kursus selama 2 hari disana, tetapi apakan daya terpaksa membawa sekali aku & Qaisara kerana anak aku ni memang cukup manja dgn mamanya pada waktu malam (menyusu badan)…aku ni pula pergi sebagai part time baby sitter..hehehehe…
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Qaisara mmg tak banyak ragam kalu berjalan…asyik leka termenung je dalam carrier sepanjang perjalanan…kalu dia merengek pon disebabkan nak susu…
Ramai orang yang menegurnya kerana kelekaannya didlm carrier tanpa menangis…”kalu anak saya dah menangis dah ni” sapa seorg hamba Allah ni….ada juga yg berkata “comelnya dia” aku pon sambung dlm hati “comel mcm baba dia”….isteri aku pula sambung seperti tau apa yg bermain difikiran ku “comel keee??? wakakakakaka
Seronok betul ada baby ni kemana-mana pergi mesti dpt keutamaan sampaikan naik flight pon pramugari beri tambahan tempat duduk..selesa sikit rasanya.
Insyallah pada awal bulan mei nnt mgkin aku akan diimport sekali lagi oleh wife sebagai part time baby sitter utk ke melaka pula.
To:Mama & Qaisara..I Love U

semasa dalam flight..alhamdulillah dia tak nangis

sampai johor masih tido..sblm subuh dh bangun

rehat di hotel selepas perjalanan yg jauh (jauh ke)..hehehe

sunrise pukul 7 pagi..kat sana tu singapore

naim yang memang mudah tersenyum bila diambil gmbr(anak member wife aku)

muka tension baru bangun tidur..hehehe

rakan2 optometrist wife aku yg terlibat dlm kursus
Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Salam pada semua
lama betul rasanya blog aku nih x berupdate….maaf pada semua yg sering kali buka blog aku nih utk tgk tapi masih entry yg lama
Ok..utk kali ni aku pos job wedding pada 27 februari 2010 yg berlangsung di Bangi.
OP utk pasangan ni ialah member aku so aku jd backup kpd dia…majlis nikah & bersanding berlangsung dlm 1 hari je..pagi nikah tghari sanding…
to Zira & Nik semoga korang berbahagia & terima kasih atas layanan & komitmen korang berdua kerana sudi bekerja bersama kami….walau pon korang berdua duduk berjauhan (melaka & kelantan) kasih & sayang akan sentiasa dekat & erat dihati…..Insyallah





Salam
Dah agak lama tak update blog ..bz skit dgn bermcm2 kerja & tanggungjawab yg perlu diselesaikan.Utk entry kali ni ialah pasangan Abby & Sahrol yg telah mengikat pertunangan pada 16 januari yg lepas di seremban N.S.
OP pada kali ini ialah aku sendiri & dibantu oleh 2 org rakan iaitu yusdi(www.yusdiyusoff.com) & kamal..terima kasih pd mereka berdua sbb nak join aku shoot & dlm masa yg sama membantu aku dgn idea2 menarik mereka.
Abby ni sebenarnya ialah rakan adik aku & beliau juga pengapit isteri aku masa kahwin dulu. Jika diikutkan janji, mereka berdua ni akan bernikah pd 6 jun 2010 nnt.Insyallah jika ada rezeki, aku jugalah yg akan jd photographer utk majlis mereka berdua nih.
Utk Abby & Sahrol semoga ikatan pertunangan korang berdua berkekalan hendaknya, bak kata org2 tua bila dah bertunang nih bnyk dugaannya semoga korang berdua berjaya menempuhinya.

The
Flash Player and a browser with Javascript support are needed.
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Alam Damai Cheras
10/01/10
Salam
Kali ni aku nak kongsikan sedikit gambar yg aku ambil semasa majlis perkahwinan ni. OP utk majlis ni adalah kawan aku eddie mohamedyusdi.wordpress.com, aku menjadi 2nd photographer utk majlis ni.
Untuk majlis persandingan diaorg ada 10 org flower girl & siap ada tarian pocho-pocho lagi…bila dngr lagunya rasa best mcm nak ikut menari sama plak..hehehe
Sedikit tentang pasangan ni semasa aku interview aritu mereka berkenalan semenjak dari sekolah menengah lagi.Adalah dlm 8 tahun juga perkenalan mereka berdua nih. ermm lama juga tu.
Semasa shoot utk outdoor aritu kami sekali lg terpaksa berehat di pondok kecil kerana hujan.Tetapi Alhamdulillah hujan berhenti sebelum hari gelap, dapat juga la shoot sedikit sebanyak dlm keadaan yg agak lembap..hehehe.
Pada pasangan muda nih aku ucapkan selamat berbahagia hingga akhir hayat & semoga korang berdua berjaya mengekalkan hubungan lebih baik dari hubungan cinta korang selama 8 tahun.

The
Flash Player and a browser with Javascript support are needed.
Mohd Ariffin Kamil
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
013-3361028
admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
“Gerhana wowoooo gerhana,wowo gerhana didlm jiwa” tu la petikan lagu nyanyian Hattan org nogori tu. Tapi yg ni bukan nak citer pasal lagu tu, tetapi nak kongsikan gambar kejadian gerhana matahari yg telah berlaku pada hari jumaat 15/1/10 yg lalu.
Kira aku bernasib baik juga la dpt shoot gmbr ni . Ramai juga rakan2 yg mencuba tetapi tak berjaya sebab dilindungi awan. Gambar ni aku shoot dari office je, habis aku shoot je pastu terus dilindungi awan.
Sebagai umat Islam kita disarankan melakukan solat sunat gerhana,supaya kita sentiasa mengingati akan kekuasaan Allah. Jika di lihat disebalik kejadian gerhana ni kita dpt rasakan betapa kecilnya diri kita ini,sesunggguhnya Allah itu maha besar.


Firman Allah yang bermaksud:
“Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Surah Luqman:29)
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Alhamdulilah syukur kpd Allah atas rahmatnya. Setelah 10 tahun menamatkan pengajian di PSP (Politeknik seberang Perai) pada tahun 99 inilah buat pertama kalinya reunion diadakan hasil dr group yg diwujudkan melalui Facebook setelah lebih kurang 3 bulan perancangan yg dilakukan.
Ajaib jugalah FB ni coz kwn2 lama yg mmg dh lama sngt tak jumpa kita boleh berjumpa,tahniah pd anda semua krn ada FB..hehehe
Terima Kasih kpd Kamal & family yg meng offer kan rumah beliau utk dijadikan tapak perjumpaan,harap kami semua tak menyusahlan anda ye kamal.Insyaallah utk yg akan dtg kita akan buat ditempat yg lebih bagus lg dgn jumlah komuniti yg lebih besar lg.
Terima Kasih pada yg sudi membantu utk persedian hari tersebut terutama sekali Ayu yg sanggup dtg dr Kulai utk menyediakan menu mee bandung,pada Bed yg sudi menyediakan tempat BBQ & terima kasih pada semua sekali krn tanpa kerjasama korang semua sudah tentu majlis ni tak dpt dilaksanakan.
Yang dtg dr jauh dr Kemaman,Kuantan,Melaka & Johor tu korang mmg hebat & bersemangat. Cayalah…

p/s: dlm seumur hidup aku ni lah mee bandung paling sedap pernah aku mkn..rugi plak aku tak makan bnyk…hehehe…thanks ayu mee bandung ko mmg ada kelas berbaloi-baloi.
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Salam
sebenarnya aku bukanlah nak bercerita tentang kisah filem Afdlin yg terbaik tu, tetapi kisah bujang kembali aku selama 4 hari dok sorang2 kat umah sementara isteri berpantang di rumah mak mertua.

Lebih setahun berumah tangga hidup bersama, bila kembali semula bujang ni aku rasa lain plak.Tau apa yg aku rasa? Rasa bosan,sunyi,hari2 mkn kedai,gosok baju,bgn sendiri,duit bnyk keluar,rindu & bebas. Srnknya skit je yg bnyknya tak seronok lebih elok kalu isteri ada di rumah ni at least tak de la aku berdiam je. Ingat kan best sngt sprt yg digembar-gemburkan ttp pd diri aku ni ia lebih bertentangan
So apa kena mengena ngan Papadom tu?
biasala bila dok sorang2 ni kemalasan nak memasak bila lapar tu mmg tahap gaban, so aku mkn je la papadom yg senang di goreng, sedap & rangup bertemankan nescafe tarik menu yg segera tu huhuhu. Hari2 teringatkan isteri & anak Rindukan saat2 sebelum ni, tak sabar nak menunggu tempoh 44 hari tu tamat.
Kesimpulannya hargailah sesuatu pemberian itu ketika ia masih bersama kita.Ibu,bapa,adik,kakak,abg,suami,isteri & anak adalah pemberian yg terbaik utk diri kita. Sesungguhnya pemberian yg terbaik itu dtgnya dr Allah & yg buruk itu adalah dr kesilapan diri kita sendiri.
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com