Salam
Seperti yg saya beritahu pada entry yg lepas…so ini adalah susulan utk majlis perkahwinan mereka.
Pada entry kali ni terimalah sedikit hasil yg tidak seberapa dari insan yg masih baru dalam bidang jurugambar perkahwinan.
Harap semua suka menatap gambar-gambar ini…hehehe..skema plak kejap.
Oraite semua…enjoy…:P







*
Lagi brp hari nak worldcup…so mcm biasa la team pilihan aku setiap world cup ialah England
Dari segi pemilihan pemain inilah pertama kali aku merasakan pemilihan pemain dibuat dgn betul tanpa ada bnyk persoalan dr media kecuali penyingkiran Theo Walcot yg degil akibat tak dngr cakap..hehehe
Final Dream Team aku – England VS Brazil
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Qaisara Alisha
Itu la nama anak aku…umur 3 bulan dah naik flight bertuah sungguh, aku nih nak dekat umur 30 tahun baru dpt naik..hehehehe…
Aku & Qaisara telah diterbangkan ke Johor Bahru kerana mamanya ada kursus disana…Pada awalnya ingat aku nak jaga Qaisara dirumah je & biarkan mamanya menghadiri kursus selama 2 hari disana, tetapi apakan daya terpaksa membawa sekali aku & Qaisara kerana anak aku ni memang cukup manja dgn mamanya pada waktu malam (menyusu badan)…aku ni pula pergi sebagai part time baby sitter..hehehehe…
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Qaisara mmg tak banyak ragam kalu berjalan…asyik leka termenung je dalam carrier sepanjang perjalanan…kalu dia merengek pon disebabkan nak susu…
Ramai orang yang menegurnya kerana kelekaannya didlm carrier tanpa menangis…”kalu anak saya dah menangis dah ni” sapa seorg hamba Allah ni….ada juga yg berkata “comelnya dia” aku pon sambung dlm hati “comel mcm baba dia”….isteri aku pula sambung seperti tau apa yg bermain difikiran ku “comel keee??? wakakakakaka
Seronok betul ada baby ni kemana-mana pergi mesti dpt keutamaan sampaikan naik flight pon pramugari beri tambahan tempat duduk..selesa sikit rasanya.
Insyallah pada awal bulan mei nnt mgkin aku akan diimport sekali lagi oleh wife sebagai part time baby sitter utk ke melaka pula.
To:Mama & Qaisara..I Love U

semasa dalam flight..alhamdulillah dia tak nangis

sampai johor masih tido..sblm subuh dh bangun

rehat di hotel selepas perjalanan yg jauh (jauh ke)..hehehe

sunrise pukul 7 pagi..kat sana tu singapore

naim yang memang mudah tersenyum bila diambil gmbr(anak member wife aku)

muka tension baru bangun tidur..hehehe

rakan2 optometrist wife aku yg terlibat dlm kursus
Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Salam pada semua
lama betul rasanya blog aku nih x berupdate….maaf pada semua yg sering kali buka blog aku nih utk tgk tapi masih entry yg lama
Ok..utk kali ni aku pos job wedding pada 27 februari 2010 yg berlangsung di Bangi.
OP utk pasangan ni ialah member aku so aku jd backup kpd dia…majlis nikah & bersanding berlangsung dlm 1 hari je..pagi nikah tghari sanding…
to Zira & Nik semoga korang berbahagia & terima kasih atas layanan & komitmen korang berdua kerana sudi bekerja bersama kami….walau pon korang berdua duduk berjauhan (melaka & kelantan) kasih & sayang akan sentiasa dekat & erat dihati…..Insyallah





Salam
Dah agak lama tak update blog ..bz skit dgn bermcm2 kerja & tanggungjawab yg perlu diselesaikan.Utk entry kali ni ialah pasangan Abby & Sahrol yg telah mengikat pertunangan pada 16 januari yg lepas di seremban N.S.
OP pada kali ini ialah aku sendiri & dibantu oleh 2 org rakan iaitu yusdi(www.yusdiyusoff.com) & kamal..terima kasih pd mereka berdua sbb nak join aku shoot & dlm masa yg sama membantu aku dgn idea2 menarik mereka.
Abby ni sebenarnya ialah rakan adik aku & beliau juga pengapit isteri aku masa kahwin dulu. Jika diikutkan janji, mereka berdua ni akan bernikah pd 6 jun 2010 nnt.Insyallah jika ada rezeki, aku jugalah yg akan jd photographer utk majlis mereka berdua nih.
Utk Abby & Sahrol semoga ikatan pertunangan korang berdua berkekalan hendaknya, bak kata org2 tua bila dah bertunang nih bnyk dugaannya semoga korang berdua berjaya menempuhinya.

The
Flash Player and a browser with Javascript support are needed.
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com
Di seawal angka 2
aku masih menuntut & kini telah bekerja
dari seorang yg mencari kini telah kutemui
dari keseorangan kini sudah berteman
dari sekecil ilmu kini sudah bertambah
dari berdua kini sudah bertiga
dgn harapan pabila bermulanya angka 3 ini hingga ke penghujungnya akan dpt aku bertahan menempuhinya dan dpt melaluinya dgn lebih hebat berbanding angka 2 itu
selamat tinggal 2 yg kini dtg pula 3
Syukur pada yg esa memberikan ku nyawa utk terus sujud kpdnya
Terima Kasih pada semua keluarga ku yg telah membimbing aku menjadi siapa aku ini.
Terima Kasih Sayangku
Terima Kasih Cintaku
Mohd Ariffin Kamil
Photographer
013-3361028
admin@ariffinkamil.com

Alhamdulillah
Pada minggu lepas genaplah sudah umur anak ku Qaisara Alisha utk 1 bulan. Masih jauh lg perjalanan hidupnya yg harus ditempuhi. Bermula dari lahir hinggalah ke hari ini bnyk perubahan yg berlaku dari hari ke hari & dari minggu ke minggu.
Perubahan dari rupa wajah & tindak balasnya berbeza-beza..tak sabar plak aku nak tgk dia boleh merangkak, berjalan & bercakap. Harapan aku semoga dia dpt membesar dgn baik & menjadi anak yg solehah.
Isteri ku juga kini sudah pulih dari kesan pembedahan tempohari..kini semuanya telah kembali normal & minggu depan aku akan bawa mereka balik ke rumah sendiri selepas selesai tempoh berpantang selama 44 hari…yahooo..
Terima kasih aku ucapkan pada ketiga-tiga ibubapa, adik-beradik,saudara-mara,rakan-rakan ku & rakan-rakan isteri ku yg telah memberikan pertolongan,nasihat,lawatan & hadiah sepanjang tempoh ini..sesungguhnya hanya tuhan sahaja yg mampu membalas jasa anda semua.
To Qaisara – Semoga Sara menjadi anak yg solehah & bila dah besar nnt jgn lupakan jasa mama tau. Jaga mama dgn sebaik-baiknya kerana syurga dibawah telapak kaki ibu.
To Mama – Terima Kasih atas pengorbanan mu yg cukup besar utk Qaisara serta diriku ini.
From Baba- Sayang kamu berdua
Mohd Ariffin Kamil
Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com
Alam Damai Cheras
10/01/10
Salam
Kali ni aku nak kongsikan sedikit gambar yg aku ambil semasa majlis perkahwinan ni. OP utk majlis ni adalah kawan aku eddie mohamedyusdi.wordpress.com, aku menjadi 2nd photographer utk majlis ni.
Untuk majlis persandingan diaorg ada 10 org flower girl & siap ada tarian pocho-pocho lagi…bila dngr lagunya rasa best mcm nak ikut menari sama plak..hehehe
Sedikit tentang pasangan ni semasa aku interview aritu mereka berkenalan semenjak dari sekolah menengah lagi.Adalah dlm 8 tahun juga perkenalan mereka berdua nih. ermm lama juga tu.
Semasa shoot utk outdoor aritu kami sekali lg terpaksa berehat di pondok kecil kerana hujan.Tetapi Alhamdulillah hujan berhenti sebelum hari gelap, dapat juga la shoot sedikit sebanyak dlm keadaan yg agak lembap..hehehe.
Pada pasangan muda nih aku ucapkan selamat berbahagia hingga akhir hayat & semoga korang berdua berjaya mengekalkan hubungan lebih baik dari hubungan cinta korang selama 8 tahun.

The
Flash Player and a browser with Javascript support are needed.
Mohd Ariffin Kamil
Jurugambar Perkahwinan/Wedding Photographer
013-3361028
admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com