Qaisara Alisha
Itu la nama anak aku…umur 3 bulan dah naik flight bertuah sungguh, aku nih nak dekat umur 30 tahun baru dpt naik..hehehehe…

Aku & Qaisara telah diterbangkan ke Johor Bahru kerana mamanya ada kursus disana…Pada awalnya ingat aku nak jaga Qaisara dirumah je & biarkan mamanya menghadiri kursus selama 2 hari disana, tetapi apakan daya terpaksa membawa sekali aku & Qaisara kerana anak aku ni memang cukup manja dgn mamanya pada waktu malam (menyusu badan)…aku ni pula pergi sebagai part time baby sitter..hehehehe…

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, Qaisara mmg tak banyak ragam kalu berjalan…asyik leka termenung je dalam carrier sepanjang perjalanan…kalu dia merengek pon disebabkan nak susu…

Ramai orang yang menegurnya kerana kelekaannya didlm carrier tanpa menangis…”kalu anak saya dah menangis dah ni” sapa seorg hamba Allah ni….ada juga yg berkata “comelnya dia” aku pon sambung dlm hati “comel mcm baba dia”….isteri aku pula sambung seperti tau apa yg bermain difikiran ku “comel keee??? wakakakakaka

Seronok betul ada baby ni kemana-mana pergi mesti dpt keutamaan sampaikan naik flight pon pramugari beri tambahan tempat duduk..selesa sikit rasanya.
Insyallah pada awal bulan mei nnt mgkin aku akan diimport sekali lagi oleh wife sebagai part time baby sitter utk ke melaka pula.

To:Mama & Qaisara..I Love U


semasa dalam flight..alhamdulillah dia tak nangis

sampai johor masih tido..sblm subuh dh bangun

rehat di hotel selepas perjalanan yg jauh (jauh ke)..hehehe

sunrise pukul 7 pagi..kat sana tu singapore

naim yang memang mudah tersenyum bila diambil gmbr(anak member wife aku)

muka tension baru bangun tidur..hehehe

rakan2 optometrist wife aku yg terlibat dlm kursus

Photographer
Ariffin Kamil
HP:0133361028
email:admin@ariffinkamil.com/ariffinkamil@gmail.com

Aku ni tak pandai nak cipta lagu…tapi dalam bab membuat lirik insyallah selagi diberi ilham. Dari mula sekolah lagi aku ni dah terdedah dalam bidang sajak, berbahas, lakonan, penceritaan & bermacam lagi sampai penah jadi juara daerah P.jaya…tuuuuu… duluuuuuuu..lama dah….hehehe

Ramai kawan2 yang kata sastera ni susah kerana kena berkhayal & ayatnya yg berbunga2 & ada juga yang kata aku ni jiwang..hehehe…. Sebenarnya bukan jiwang atau berkhayal tetapi ia sesuatu seni yg ada pada aku..alhamdulillah

Peduli apa org nak kata, aku tetap aku…. so disini aku layarkan puisi yg aku ciptakan sempena kelahiran anak aku….utk makluman semua kali ni punya entry bukan pasal photography aku tetapi pasal puisi khas utk anak aku

Mana tau rezeki aku ada komposer-komposer yg berminat nak buat jadi lagu…alhamdulillah…hehehe

Qaisara

Debaran sinar cahaya nan indah
Siang menanti angin, Malam Menanti bulan
Ku dibelenggu aura resah
Sempadan yang tidak bisa ku musnah
Terus kekal bersama waktu
Biarpun aku parah

Kini dikau telah tiba
Meruntun hati ini saat menatap mu
Sinar cahaya mata berkilau bagai permata
Kalimah diucap dari bibir ke telinga

Syukur pada illahi diatas kesempurnaannya
Cahaya nan indah bersih tanpa dosa
Dihiasi aura yang begitu mempersona
Utusan cinta untuk hambanya

Sentuhan sutera kepada mu
Selembut kapas membaluti mu
Hanya untuk mu Qaisara ku

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera